Sunday, April 3, 2011

FITNAH DUNIA...

salam...

fitnah dunia... apa yang aku nak luahkan, adalah fenomena baru bagi kita, yang mengaku melayu dan beragama islam. yang pastinya ia, bukan cerita politik malaysia, atau cerita dunia sekarang atau cerita donggeng.

fitnah @ penyakit ini berlaku didepan mata kita, aku tak merasa hairan kalau ia berlaku di bandar2 besar, kerana faktor2 persekitaran yang memungkinkan ia berlaku, tapi sekarang ia telah merebak jauh ke kawasan luar bandar, sebagai contoh tempat aku sendiri.

aku hanya mampu memandang fitnah ini... dan jauh di sudut hati, aku berkata masyaAllah... kesian... sedih... maafkanlah mereka... berikanlah petunjuk...

masyaAllah kerana aku terkejut/tergamam,
kesian kepada kedua ibubapa,
sedih kepada anak2nya,
semoga diberi kemaafan dan petunjuk oleh Allah s.w.t.

fitnah yang aku maksudkan adalah...
si ibu berpakaian lengakap, bertudung, berbaju longgar... tapi,
si anak gadis, berpakaian seolah2 tak cukup kain... terdedah sana, terbonjol sini, terselak situ... sendat mengalahkan sarong buah nangka...
masyaAllah... menjerit hati aku melihat fenomena ini, ia bukan berlaku di dalam tv atau cerita wayang, tapi didepan mata aku sendiri...

terbaru aku melihat fitnah ini berlaku di sebuah kedai bandel, di kawasan tempat tinggal aku... aku melihat seorang wanita bertudung, berpakaian agak sopan, masuk ke dalam kedai bandel, dan kemudiannya aku dipertontonkan dengan gelagat anak gadis wanita ini, dengan baju terbuka hingga menampakkan kedua2 bahu, tali bra berwarna merah, dan berseluar ketat hingga ke pangkal peha...

aku tergamam seketika...

tidak rasa bersalahkah si ibu membiarkan anak gadisnya berpakaian sebegitu? tak terasa malukah atau mungkin dia merasa bangga dengan penampilan anak gadisnya...

kepada si anak, tergamak dia memfitnah kedua orang tuanya, sebegitu rupa... sedangkan keduanya masih hidup... tidak ada lagi rasa malukah didalam hati...

aku berfikir sendirian... jika orang tuanya boleh berpakaian sopan, dan mengikut cara islam, mengapa tidak untuk anak gadisnya... sudah tidak berdaya lagikah kedua orang tuanya untuk menegur, menasihat atau memberi contoh2 yang baik kepada ahli keluarganya sendiri...

jika sesuatu terjadi kepada anaknya, dirogol misalnya, dan kemudiannya melahirkan anak luar nikah, sangggupkah orang tuanya menerima kenyataan tersebut...

aku mungkin bernasib baik, kerana masih belum mempunyai anak sendiri... dan jika ditakdirkan aku punya anak, insyaAllah akan aku jaga dengan sebaik mungkin...

renungkanlah...

sekian untuk kali ini.

1 comment:

  1. Sekadar pendapat peribadi. Fitnah dunia berkait rapat dengan derhaka ibu bapa. Bunyinya memang kasar tetapi ia fenomena sedar tak sedar yang berlaku di sekeliling. Kita ralat jika anak derhaka tetapi lebih ralat hak sepatutnya yang anak itu dapat tidak diberi oleh ibu bapa. Apakah hak itu sehingga kita digelar ibu bapa derhaka jika tidak dilunaskan? Renungi kisah ini.
    Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
    Saya berdoa,jika saya ada zuriat sendiri satu hari nanti, saya dijauhkan dari fenomena ibu bapa derhaka. Amin

    ReplyDelete