Saturday, May 23, 2009

4242

anda percaya kepada fungshui cina? mengikut kepercayaan orang2 cina, ada nombor membawa bahagia,... kaya,... celaka,... dan sebagainya.


aku sebagai seorang muslim, ditegah untuk mempercayainya, bimbang2 boleh membawa kepada syirik...


jadi apa kena mengena dengan aku? aku bukan orang cina...
tetapi aku ada tafsiran sendiri, dengan nombor plat yang aku pilih ini...


ceritanya bermula begini...

satu masa dahulu, (heheheh) semasa menempah kereta, aku dan isteri bercadang untuk memilih nombor plat yang bakal digunakan di kereta kami.

jadi kami ke JPJ wangsa maju...
sampai disana, kami melihat monitor nombor2 (plat) untuk dipilih, jadi kami tengoklah, satu persatu, nombor yang tertera.

kami memilih beberapa nombor...
tiba di kaunter jpj, untuk membeli nombor (plat) terbabit, kami pening, mana satu nak pilih???
pikir punya pikir, kami memutuskan memilih 4242...


aku terfikir mengenai fungshui cina...
setahu aku 2 bermakna hidup... dan 4 pula bermakna mati.


adakah ia akan membawa sebarang makna kepada kehidupan kami? ...
adakah ia akan mempengaruhi kami?


kemudian aku terfikir dengan fitrah hidup manusia...
mula-mula...
kita semua tiada asalnya, dari setitis air mani, menjadi segumpal darah... lalu ALLAH berkata 'kun faya kun' ( jadi maka jadilah )... lalu kita membesar, didalam alam rahim seorang ibu...
ini semua saya simpulkan, berada pada numbor 4 yang pertama ( 4242 )...



kemudian kita dilahirkan kedunia...
dari sebesar tapak tangan, hingga ke nafas yang terakhir, kita hidup di alam dunia yang penuh dugaan, kita diuji dengan berbagai2 ujian, suka, duka, tawa dan tangis...
ada kala kita diuji dalam keadaan kita susah dan ada kalanya kita diuji semasa kita senang... dari situlah ALLAH akan menilai kita, adakah kita benar2 hambanya yang bertaqwa...
mana yang sedar, dunia ini hanya sementara, alhamdullillah... mana yang hanyut... moga2 kita sempat sedar sebelum terlambat...
ini semua saya simpulkan berada pada numbor 2 yang pertama ( 4242 )...


selepas itu, kita berada pada numbor 4 yang kedua... ( 4242 )
kita akan menempuh alam barzakh (kubur)... andai kita berbakti, semasa kita hidup didunia... alhamdullilah... ALLAH berjanji yang kubur kita itu, satu dari taman2 di SYURGA... tetapi jika kita engkar, membuat zalim kepada orang lain, ketahuilah, tempat bersemayam kita itu nanti, akan menjadi salah satu lubang dari NERAKA ALLAH...


dan akhir sekali,
kita berada di numbor 2 yang kedua ( 4242 )... iaitu hari pembalasan...
samada kita akan dihidupkan semula, di adili dan ditempatkan di SYURGA ALLAH atau NERAKA ALLAH...
berbahagialah kepada sesiapa yang memasuki SYURGA ALLAH dan amat malanglah kepada sesiapa yang memasuki NERAKA ALLAH...
moga2 kita semua akan bertemu di dalam SYURGA ALLAH...

ALLAH menjanjikan nikmat yang tidak terhingga ketika kita berada di SYURGA ALLAH... dan
ALLAH juga menjanjikan seksaan yang tak terperi sakitnya sepanjang kita berada di NERAKA ALLAH...


inilah makna 4242 kepada saya, moga ia dapat menyedarkan saya, setiap kali saya memandang numbor ini...

semoga ALLAH dapat memelihara kami dari godaan duniawi... untuk kami terus mentaati semua perintahNYA dan meninggalkan semua laranganNYA...
amin... amin... ya robbal alamin...