Sunday, April 3, 2011

FITNAH DUNIA...

salam...

fitnah dunia... apa yang aku nak luahkan, adalah fenomena baru bagi kita, yang mengaku melayu dan beragama islam. yang pastinya ia, bukan cerita politik malaysia, atau cerita dunia sekarang atau cerita donggeng.

fitnah @ penyakit ini berlaku didepan mata kita, aku tak merasa hairan kalau ia berlaku di bandar2 besar, kerana faktor2 persekitaran yang memungkinkan ia berlaku, tapi sekarang ia telah merebak jauh ke kawasan luar bandar, sebagai contoh tempat aku sendiri.

aku hanya mampu memandang fitnah ini... dan jauh di sudut hati, aku berkata masyaAllah... kesian... sedih... maafkanlah mereka... berikanlah petunjuk...

masyaAllah kerana aku terkejut/tergamam,
kesian kepada kedua ibubapa,
sedih kepada anak2nya,
semoga diberi kemaafan dan petunjuk oleh Allah s.w.t.

fitnah yang aku maksudkan adalah...
si ibu berpakaian lengakap, bertudung, berbaju longgar... tapi,
si anak gadis, berpakaian seolah2 tak cukup kain... terdedah sana, terbonjol sini, terselak situ... sendat mengalahkan sarong buah nangka...
masyaAllah... menjerit hati aku melihat fenomena ini, ia bukan berlaku di dalam tv atau cerita wayang, tapi didepan mata aku sendiri...

terbaru aku melihat fitnah ini berlaku di sebuah kedai bandel, di kawasan tempat tinggal aku... aku melihat seorang wanita bertudung, berpakaian agak sopan, masuk ke dalam kedai bandel, dan kemudiannya aku dipertontonkan dengan gelagat anak gadis wanita ini, dengan baju terbuka hingga menampakkan kedua2 bahu, tali bra berwarna merah, dan berseluar ketat hingga ke pangkal peha...

aku tergamam seketika...

tidak rasa bersalahkah si ibu membiarkan anak gadisnya berpakaian sebegitu? tak terasa malukah atau mungkin dia merasa bangga dengan penampilan anak gadisnya...

kepada si anak, tergamak dia memfitnah kedua orang tuanya, sebegitu rupa... sedangkan keduanya masih hidup... tidak ada lagi rasa malukah didalam hati...

aku berfikir sendirian... jika orang tuanya boleh berpakaian sopan, dan mengikut cara islam, mengapa tidak untuk anak gadisnya... sudah tidak berdaya lagikah kedua orang tuanya untuk menegur, menasihat atau memberi contoh2 yang baik kepada ahli keluarganya sendiri...

jika sesuatu terjadi kepada anaknya, dirogol misalnya, dan kemudiannya melahirkan anak luar nikah, sangggupkah orang tuanya menerima kenyataan tersebut...

aku mungkin bernasib baik, kerana masih belum mempunyai anak sendiri... dan jika ditakdirkan aku punya anak, insyaAllah akan aku jaga dengan sebaik mungkin...

renungkanlah...

sekian untuk kali ini.

Wednesday, March 2, 2011

LANJUTAN TEMPOH BAYARAN SAMAN

HARI INI 2 MARCH 2011, KERAJAAN MALAYSIA, MELALUI MENTERI KDNNYA, HISHAMMUDDIN HUSSEIN, MELANJUTKAN TEMPOH BAYARAN SAMAN, KEPADA PESALAH2 TRAFIK, KEPADA 10 MARCH 2011.

SATU TINDAKAN YANG AMAT DIALU2KAN OLEH PESALAH2 TRAFIK, KERANA MEREKA MEMPUNYAI TEMPOH LAGI UNTUK MEMBAYAR SAMAN2 MEREKA.
TERIMA KASIH HISHAM.

SATU TINDAKAN YANG MEMBUKTIKAN KERAJAAN MALAYSIA, BENAR2 PERIHATIN DENGAN MASALAH RAKYATNYA.

ITU DARI SATU SUDUT PANDANG....

DARI SATU LAGI SUDUT PANDANG...

KERAJAAN MALAYSIA, INGIN MENCARI DUIT LEBIH...
PADA PANDANGAN AKU, MUNGKIN JUMLAH KUTIPAN, YANG BERJAYA DIKUTIP SETAKAT 28 FEB 2011, BELUM @ TIDAK MENCAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN OLEH KDN @ KERAJAAN MALAYSIA. OLEH KERANA ITULAH KDN MELANJUTKAN TEMPOHNYA...

DAN CAKAP2, KERAJAAN MALAYSIA INGIN MENGAKTIFKAN SISTEM KEJARA, SATU TINDAKAN MENGGERTAK RAKYAT2 MARHAIN...

SAYA FIKIR, KERAJAAN MALAYSIA TIDAK TERMAMPU UNTUK MELAKUKANNNYA...
BUKANNYA SERATUS DUA SAMAN YANG ADA... BERPULUH JUTA....
LAGI PUN BUKAN SAMAN INDIVIDU SAHAJA... SAMAN SYARIKAT... ITU BELUM KES YANG TERSALAH SAMAN...

MASIH INGAT TAK LAGI SAMAN EKOR...
DULU MASA PAKLAH JADI PM, SAMAN EKOR TAK DIAMBIL KIRA...
TETAPI BILA NAJIB JADI PM, IA DIKIRA JUGA SEBAGAI SAMAN YANG PERLU DIBAYAR OLEH PESALAH2 NYA, TERMASUK SAMAN2 YANG TERPAKSA AKU BAYAR DAN ORANG2 LAIN DI MALAYSIA INI...

APA SUDAH JADI DENGAN KERAJAAN MALAYSIA?...
HINGGA TERPAKSA MEMERAH DUIT DARI SAMAN2 TRAFIK...

INGIN SAYA NYATAKAN DISINI, BUKAN SEMUA ORANG MAMPU MEMBAYAR SAMAN2 MEREKA SEKALI GUS...
DAN BUKAN SEMUA ORANG MEMPUNYAI DUIT YANG CUKUP UNTUK MEMBAYARNYA...
DENGAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI, MANAKALA PENDAPATAN YANG TAK SEBERAPA, MANA MUNGKIN ORANG2 INI DAPAT MELANGSAIKAN SEMUA SAMAN2NYA SEKALI GUS...

MUNGKIN ADA SUARA2 YANG AKAN MENGATAKAN...
KALAU MACAM ITU, JANGAN BUAT KESALAHAN TRAFIK!!!
MEMANG SEDAP BUNYINYA... TAPI SIAPA YANG TAK PERNAH BUAT SALAH...

MENTERI2 YANG ADA KAT ATAS SANA MUNGKIN TIDAK MEMPUNYAI SAMAN, SEBAB MEREKA GOLONGAN MENTERI...
KESANA SINI ADA POLIS JAGA...
DAN POLIS MANA PULAK YANG BERANI MENYAMAN GOLONGAN INI...

AKU BUKAN GOLONGAN BERHALUAN KIRI, TETAPI SEKADAR INGIN MELUAHKAN RASA HATI...

SEKIAN UNTUK KALI INI.

Saturday, January 15, 2011

aku dan lontong paru....

dah terlalu lama aku tak makan lontong + paru nie...
al kisah seperti yang tertulis di bawah ini.

ari nie aku kerja shift pagi ( 0530 - 1430 ), dengan aku yang tak tidur satu malam, leka melayan blog sendiri dan kawan2 terdekat, setelah lama aku tinggalkannya gara2 terlupa password....

selepas berita buletin pagi, aku dan kawan2 pergi bersarapan, tempat yang di tuju, sungai penchala... sebab kat sana ada lontong + paru yang sedap ( pada pendapat aku laaa )
maklumlaa, bukan selalu aku dapat ke sana, hanya bila aku kerja pagi dan di hari sabtu @ ahad sahaja... hari lain masanya tak begitu mengizinkan... hari sabtu @ ahad, waktu tugasnya agak longgar sedikit, masa tu ajer lah yang ader kalau nak sarapan kat luar opis.

sambil makan aku bersembang dengan kawan2 yang ada... bad, sharol, farid, jamil, danial dan ju ( budak baru ) topik yang hangat di sembangkan, kisah election di sarawak yang dijangka akan diadakan pada bulan march tahun ini... luahan rasa tak puas hati pada ntv7 yang cuba mengkontrol semua kerja2 di sarawak... dengan booking hotel yang tak comfirm lagi dan macam2 lagi laaa... aku, bad dan farid cuba membandingkan dengan cara kami buat pada election yang lepas... banyak kelemahannya bila di fikirkan oleh kami2 semua... tapi apa boleh buat kami mentimun...

agak lama kami bersembang hingga tak sedar jam sudah melewati pukul 0900 pagi, segala kos sarapan di bayar oleh bro shahrol... tq bro.

dan kami terus pulang ke sarang kami... tv3, untuk meneruskan tugas2 yang telah diamanahkan kepada kami semua...

sekian untuk kali ini...

SELAMAT DATANG 2011

dah lama aku tak tulis kat blog aku nie...
bukan apa, aku terlupa password aku heheheheh... satu lagi sebab... aku tak beberapa rajin dan pandai untuk mengarang atau menulis....

insyaALLAH lepas nie aku akan selalu menulis, tentang apa2 sahaja yang aku fikirkan perlu aku tuliskan di dalam blog aku nie...

tapi jangan laa harap sangat yer.... sebab aku moody, time rajin... pehrrrr, tapi bila sampai time malas... ek eleeee....

sampai jumpa lagi.... ahah story pasal menguap tuuu... story pertama aku untuk tahun nie....

SEMASA KITA MENGUAP...

salam semua...

kita selalu menguap kan?
sebab menguap nie banyak... antaranya kita mengantuk... kurang oksigen... dan macam macam lagi...

jumaat lalu aku menonton rancangan al-kuliyah di tv3...
salah seorang penonton bertanyakan berkenaan masalah menguap dalam solat...

uztaz pun menjawab...
semasa kita menguap, tak kira samada kita berada di dalam solat atau di luar solat ( live kita seharian ) kita dikehendaki menahannya, jangan kita membuka mulut kita semasa menguap kerana syaitan akan ketawa di dalam mulut kita.

semoga ilmu yang tak seberapa ini, serba sedikit dapat membimbing kita... insyaAllah.