Monday, May 7, 2012

Aku di jengka 8

Salam.
Semalam dan hari nie, aku bersama krew produksi berada di jengka 8 pahang. Sempena majlis pm bersama peneroka felda. Dan pengumuman "durian runtuh + durian gugur" untuk semua peneroka felda. Rm5000 untuk generasi 1 + rm5000 untuk isteri + rm5000 untuk generasi kedua.

Sekarang 1402, aku, rahim dan izwan masih sangkut dalam trafik jam di jengka 8. Kami nak balik ke tempat menginap di felda residen tekam. Lepas mandi2 kami gerak balik kl.

Sekian, kita jumpa lagi.

Tuesday, February 7, 2012

tik tok tik tok...

tik tok tik tok.... masa berlalu dengan pantas sekali... tanpa sedar, sekarang dah masuk tahun 2012... bulan feb plak tuuu...

ya Allah, bertambah lagi umur aku... makin pendek nyawa aku, dari sehari ke sehari... aku menyedari malaikat maut senentiasa menjengah aku... adakah aku sudah bersedia?

kalau ketika ini malaikat maut mencabut nyawaku... di mana aku di alam barzakh sana... dan di mana aku di hari pembalasan nanti... aku sedar semua itu, tapi kenapa aku begitu degil... terus melawan... apa yang diwajibkan keatas aku, aku lalai... sesungguhnya orang2 yang lalai adalah orang2 yang rugi...

ya Allah bantu lah aku, bukakan hatiku, terangi hatiku dengan cahaya Mu, bimbinglah aku kejalan yang Engkau redhai... terimalah amalan aku yang tak seberapa ini... ampunilah segala dosa2 aku... permudahkan lah segala urusan aku di dunia dan di akhirat...

ya Allah ampunilah segala dosa ke dua orang tua ku, Kau sayangi lah mereka, sebagaimana mereka menyayangi aku dari kecil hingga kini... Kau permudahkan lah segara urusan mereka di dunia dan di akhirat. Kau sembuhkan lah penyakit mereka... gembirakan lah hati mereka... usah ada gundah di hati mereka...

ya Allah, Kau ampunilah keluargaku, ( isteri dan anakku... ) bahagiakan kami... redhakan kami... sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas tiap sesuatu...Kau permudahkan lah segala urusan kami di dunia dan di akhirat...

damia maisarah... penghibur kami... terima kasih Allah.

sekian untuk kali ini...

Friday, January 27, 2012

cendol & rojak...

kali ini aku nak mengajak anda semua, makan rojak dan minum cendol...
lokasinya di taman tun dr.ismail, kuala lumpur... tak jauh dari office aku, di bandar utama, pj.... bandar utama dan taman tun dr.ismail nie sebelah-menyebelah...


saya jamin sekiranya anda semua pekena sekali, pasti anda akan repeat, lagi dan lagi dan lagi...
sebab aku sendiri pun sama...


rasanya sungguh berbeza dengan rojak / cendol di tempat2 lain yang pernah aku rasa... dan saya jamin anda akan puas hati... 
harga semasa... mee rojak + cendol, hanya rm6 sahaja.


jika anda ada kelapangan silalah ke sana... lokasi yang lebih tepat, ia betul2 dihadapan petronas taman tun...