Wednesday, April 15, 2009

solat

Permulaan dan Penutup hari yang baik adalah dengan bersolat.


Sudahkah anda bersolat hari ini? kalau belum, tunaikanlah.

Sesungguhnya solat itu tiang agama, dengan solat juga kita terhindar dari perkara-perkara yang terlarang.

Solat juga pendinding hati kita, tetapi jangan kita riak atau ujub.

Perkara pertama yang akan ditanya di akhirat adalah solat.

Solat bersendirian 1 ganjaran pahala, solat berjemaah 27 kali ganda.

Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat sebanyak 3 kali dengan sengaja, nescaya Allah memeterikan atas hatinya.

Anda tiada masa untuk bersenam… bersolatlah.

Firman Allah, Dirikan solat, sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang di tentukan waktu ke atas orang yang beriman.

Solat yang lima dan jumaat ke jumaat, menjadi penebus dosa, diantara keduanya, selama ia tidak melakukan dosa besar. ( muslim )

Ya Allah, jadikan aku dan anak cucuku, orang-orang yang tetap mendirikan sembahyang ( Ibrahim : 40 )

Dan pada sebahagian malam hari, solat tahajudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu ( Al isra : 79 )

Solat itu cahaya, sedekah itu keterangan, sabar itu sinaran dan Al Quran itu hujjah – Hadith

Berwuduk dengan sempurna, solat dengan khusu’, pasti jiwa akan tenang.

Solat itu adalah doa, iaitu hubungan kita dengan Allah.

Mahfum hadith : Kepala pekerjaan ialah islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad, begitulah cantiknya ISLAM.

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. : Surah AL Waqiah surah kaya, bacalah akan dia, dan ajarkanlah ia kepada anak-anakmu, amalkannya selepas solat maghrib dan isyak.

Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh, oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat akan Allah, maka dengan itu mereka nampak ( jalan yang benar ) – (Al A’raf : 201)


Apabila seseorang mengaku beriman, tetapi ia tidak pernah mengerjakan solat, maka pengakuannya itu, tidak dibenarkan oleh syara’.

Kesan sujud yang lama, akan menambahkan aliran darah ke otak, boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak dan menajamkan akal.

Kita semua adalah pengembala, dan setiap pengembala akan disoal gembalaannya ( tanggungjawab ) – Hadith.

Datanglah kamu kepada Ku (Allah) dengan segara amalan mu, janganlah kamu datang membawa kepada Ku, dengan segala keturunanmu. – Hadith

Akan di Kau kami sembah, dan akan di Kau kami memohon pertolongan
(Al Fatihah : 4)

Sabda Nabi s.a.w. sampaikan pesanku biarpun satu ayat.

Kematian bukan penghabisan cerita, kerana alam yang seterusnya, adalah layar yang dijadikan oleh Allah, untuk menilai lakonan hidup kita.

Dan kamu tidak di kira berdosa, dalam perkara yang kamu silap melakukannya, tetapi (yang berdosa) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya – (Al Ahzab : 5)

Dan siapakah yang lebih baik agamanya, dari orang yang menyerahkan dirinya, kepada Allah dan ia berbuat kebaikan – (An Nisa : 125)

Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan diri ( dengan taat dan amal soleh ) – (Al A’la : 114)

Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku redha islam itu menjadi agama untuk kamu – (Al Maidah : 3)

Barang siapa membaca 2 ayat, dari akhir surah Al Baqarah pada malam hari, nescaya keduanya akan memelihara dia dari bencana – (Abu Daud.)

Sesunggguhnya penduduk syurga, pada hari itu berada dalam keadaan sibuk menikmati kesenangan – (Yassin : 55)

Allah menghimpunkan kamu pada hari perhitungan ( untuk menerima balasan ) itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. – (Al Taghabun : 9)

Dan berserahlah engkau kepada Allah, tuhan yang hidup tiada mati. –
(Al Furqan : 58)

1 comment: